E-Procurement Users

Login Pemohon


Pemohon
Halaman Pemohon

Login Pelulus


Pelulus
Halaman Pelulus
PEMALSUAN DOKUMEN PEROLEHAN/TENDER UNIVERSITI MALAYA (UM)

Universiti Malaya (UM) sekeras-kerasnya menafikan Dokumen Perolehan/ Tender yang didakwa telah dikeluarkan/ ditawarkan oleh UM yang menggunakan Kepala Surat (Letterhead) UM serta ditandatangan oleh seorang penama “Prof. Madya Dr. Farishal Abdul Kadir”.

Pihak UM dengan ini menegaskan bahawa tiada penama di atas berkhidmat di UM dan kami juga tidak pernah melantik mana-mana syarikat atau individu sebagai orang tengah (proxy) untuk sebarang projek perolehan/tender UM.

Sekiranya mana-mana pihak ada menerima apa-apa dokumen perolehan/tender bagi apa-apa projek khususnya projek pembangunan dan naik taraf di UM terutamanya jika ianya ditandatangan oleh penama seperti di atas, mohon membuat semakan lanjut dengan memajukan aduan/pertanyaan kepada corporate@um.edu.my atau boleh menghubungi talian seperti yang tertera di bawah:

Pejabat Komunikasi Korporat (CCO)
Aras L, Bangunan Canseleri
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Tel: 03-7967 3238 Faks: 03-7956 0027

Seterusnya, pihak UM juga menasihatkan agar mana-mana pihak atau individu yang menjadi mangsa bagi penipuan seperti ini untuk membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

UM ingin menegaskan bahawa pihak UM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak sekiranya mereka didapati menggunakan nama dan logo UM tanpa kebenaran dan akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang.

Sekian, Terima kasih.


NOTIS PEMBERITAHUAN SYARAT MENGHADIRI LAWATAN TAPAK BAGI SEBUTHARGA/TENDER UNIVERSITI MALAYA

Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia; PK2.1 KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN, Perkara 7(vi)(c) dan Perkara 8 (iii)(c)(6) telah menetapkan bahawa:

Hanya penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA, UPKJ atau bagi pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan hanya penama di Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau taklimat sebut harga/ tender dan TIDAK BOLEH mewakilkan pegawai selain daripada penama yang dibenarkan dalam sijil.

Sehubungan itu, pihak tuan/puan adalah diminta untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan berkenaan dan kontraktor/pembekal yang gagal memenuhi syarat yang ditetapkan tersebut TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai mana-mana lawatan tapak yang diadakan.

Pihak PTj diminta untuk memastikan pihak kontraktor/ pembekal membawa salinan sijil berkaitan dan Kad Pengenalan semasa sesi lawatan tapak/ taklimat untuk tujuan pengesahan.


NOTIS PEMBERITAHUAN PELAKSANAAN CUKAI JUALAN & PERKHIDMATAN (SST).

Seperti tuan/ puan sedia maklum, Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP)/ Goods & Services Tax (GST) telah dimansuhkan dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuatkuasa mulai 1 September 2018. Selaras dengan peralihan GST kepada SST, pihak Universiti Malaya (UM) telah menetapkan tarikh akhir untuk mengemukakan tuntutan GST adalah pada 31 Disember 2018.

Sehubungan itu, pihak tuan/puan hendaklah mengemukakan inbois beserta GST selewatnya pada 30 November 2018 bagi membolehkan bayaran dibuat sebelum 31 Disember 2018. Sebarang inbois beserta GST selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Bagi tawaran pembekalan/ perkhidmatan/ kerja mulai 1 September 2018, tuan/ puan perlu memastikan jumlah harga tawaran yang dikemaskini dalam sistem adalah termasuk jumlah SST sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Bahagian Pengurusan Dana & Kawalan Kredit Jabatan Bendahari melalui emel bursar_endowtax@um.edu.my.


NOTIS PEMBERITAHUAN PENDAFTARAN/ PENGAKTIFAN AKAUN PEMBEKAL DALAM NEGARA MULAI 1 SEPTEMBER 2018.

Seperti tuan/ puan sedia maklum, Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP)/ Goods & Services Tax (GST) telah dimansuhkan dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuatkuasa mulai 1 September 2018.

Walaubagaimanapun, Universiti Malaya (UM) adalah tidak tertakluk untuk mendaftar sebagai organisasi yang memberi perkhidmatan bercukai di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan tidak akan mengenakan SST ke atas perkhidmatan yang diberikan mulai tarikh tersebut.

Sehubungan itu, bermula 1 September 2018, kadar yuran pendaftaran/ pengaktifan akaun pembekal kekal RM100.00 setahun. Manakala bagi langganan SMS, bayaran adalah kekal RM100.00 untuk 500 SMS.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi pihak PTM melalui emel um_perolehan@um.edu.my


PERHATIAN: PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM UM PROCUREMENT & PAYMENT MANAGEMENT

Adalah dimaklumkan bahawa sistem eprocurement dan portal vendor akan ditutup sementara bermula pada hari Jumaat (8/6/2018) jam 6.00 petang dan dijangka akan semula pada hari Sabtu (9/6/2018) jam 12.00 tengah hari.

Sistem ini akan ditutup untuk kerja-kerja penaiktarafan rangkaian utama Universiti Malaya. Tiada sebarang perlanjutan tarikh tutup terhadap semua sebutharga/tender UM yang sedang diiklankan. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi pihak PTM melalui emel um_perolehan@um.edu.my


NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM UM PROCUREMENT & PAYMENT MANAGEMENT UNTUK TUJUAN PINDAAN KADAR CUKAI BARANG & PERKHIDMATAN (CBP) 6% KEPADA 0% MULAI 1 JUN 2018

Adalah dimaklumkan bahawa akan berlaku gangguan perkhidmatan ke atas Sistem UM Procurement & Payment Management untuk proses pindaan Kadar Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP) 6% Kepada 0% mulai 1 Jun 2018 seperti berikut:


Tarikh Hari Masa
31 Mei 2018 Khamis Bermula jam 4:00 petang
01 Jun 2018 Jumaat Sehingga jam 12:00 tengahari

Kesulitan yang timbul amat dikesali. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Pusat Teknologi Maklumat (PTM) melalui emel um_perolehan@um.edu.my


NOTIS PEMBERITAHUAN KADAR CUKAI BARANG & PERKHIDMATAN (CBP) 6% DIPINDA MENJADI 0% MULAI 1 JUN 2018

Kementerian Kewangan Malaysia pada 16 Mei 2018 telah menetapkan bahawa kadar Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP)/ Goods & Services Tax (GST) dipinda daripada 6% kepada 0% berkuatkuasa 1 Jun 2018.

Sila ambil perhatian bahawa, semasa tempoh peralihan, kadar cukai adalah berdasarkan tarikh penghantaran barang atau perkhidmatan. Bagi pembekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat sebelum 1 Jun 2018, kadar CBP/ GST adalah kekal 6%. Manakala bagi pembekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat selepas 1 Jun 2018 kadar CBP/ GST adalah 0%.

Bagi tujuan memudahkan tempoh peralihan ini, semua pembekal yang telah membuat pembekalan dan perkhidmatan kepada UM sebelum atau pada 31 Mei 2018 hendaklah memastikan nota penghantaran (DO/ GRN) dan inbois beserta dokumen sokongan berkaitan telah dikemaskini di dalam sistem UM Procurement & Payment Management selewat-lewatnya pada 31 Mei 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Bahagian Pengurusan Dana & Kawalan Kredit Jabatan Bendahari melalui emel bursar_endowtax@um.edu.my.


NOTIS PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BANK BAGI TUJUAN BAYARAN
Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa pihak UM akan melaksanakan semakan data nama syarikat, nombor akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat adalah tepat sebelum bayaran dibuat oleh pihak Bank.

Tuan/puan diminta untuk memastikan maklumat di bawah yang didaftarkan di bank adalah selaras dengan maklumat yang didaftarkan dengan UM, bagi mengelakkan kegagalan dalam urusan pembayaran:
i. Nama Syarikat
ii. Nombor Akaun bank dan
iii. Nombor Pendaftaran Syarikat.

Sekiranya terdapat perbezaan data, sila layari laman web vendor untuk pengemaskinian data.

Kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai.
Terima kasih.

Jabatan Bendahari,
Universiti Malaya,
30 Ogos 2016.


PENDAFTARAN PENERIMA BAYARAN MELALUI PORTAL VENDOR
Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan proses pendaftaran bagi penerima bayaran termasuk external staff dan syarikat luar negara dilakukan sendiri oleh individu/syarikat melalui portal vendor.um.edu.my mulai 17 Oktober 2016.

Bagi tujuan perlaksanaan perkara ini, Carta Alir dan Manual Pengguna telah disediakan untuk rujukan pihak tuan/puan dan boleh dicapai melalui portal.

Oleh itu, mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk memastikan individu/ syarikat telah melengkapkan maklumat pendaftaran selaras dengan maklumat di bank sebelum permohonan pembayaran dibuat iaitu :

i. Nombor akaun bank; dan
ii. Nombor Pendaftaran Syarikat/ Kad Pengenalan/ Passport

Sekiranya terdapat perubahan maklumat, individu/syarikat perlu mengemaskini rekod melalui portal dengan segera. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


Gangguan Sisten eProcurement dan Portal Vendor, Jumaat 15 April 2016 (6:00 petang hingga 9:00 malam)
Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa sistem eprocurement dan portal vendor um akan ditutup pada hari Jumaat, 15 April 2016 dari 6:00 petang hingga 9:00 malam bagi kerja-kerja menaiktaraf pangkalan data.

Tiada lanjutan tarikh tutup untuk semua sebutharga yg sedang berjalan.

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami.


Pengemaskinian Kod Peruntukan SAP, Maklumat Aset dan Kod Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP/GST) dalam Sistem e-Procurement

Kepada semua Pentadbir Sistem e-Procurement,

Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem e-Procurement telah dibuat penambahbaikan bagi memenuhi keperluan pelaksanaan Sistem SAP dan penguatkuasaan Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP/GST) dalam perolehan Universiti Malaya yang mulai 9 April 2015.

Sistem akan dibuka pada jam 4.00 petang 10 April 2015.

Sehubungan itu, Pentadbir Sebutharga/Kewangan diminta untuk mengemaskini semua sebutharga yang masih belum ditawarkan kepada Pembekal/Kontraktor dan dalam proses Pengurusan PO dalam Sistem e-Procurement bagi perkara yang berikut:

1) Mengemaskini kod peruntukan SAP menggantikan kod peruntukan SAGA
2) Mengemaskini maklumat asset (Untuk item berkaitan asset)
3) Memasukkan maklumat Kod Cukai GST

Sebarang terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi talian berikut
03-79674660/4608/6274/6965/6966/6967/6968.

Sekian, terima kasih.

PENUTUPAN SISTEM E-PROCUREMENT UNTUK TUJUAN PELAKSANAAN SISTEM KEWANGAN ’SYSTEM APPLICATION AND PRODUCTS’ (SAP) DI UNIVERSITI MALAYA

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Universiti pada 9 November 2011 telah meluluskan pelaksanaan Sistem Kewangan SAP di Universiti Malaya bagi menggantikan aplikasi Sistem Kewangan SAGA dan beberapa langkah persediaan ke arah pelaksanaan Sistem Kewangan SAP telah diambil oleh Jabatan Bendahari dan Pusat Teknologi Maklumat sebelum dilancarkan pada 6 April 2015.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan proses migrasi ke Sistem Kewangan SAP dapat dijalankan dengan lancar Jabatan Bendahari perlu menutup transaksi di dalam Sistem Kewangan SAGA pada 27 Mac 2015 mulai jam 5.00 petang. Selaras dengan perkara ini juga, sistem-sistem dalaman UM yang melibatkan kewangan termasuk Sistem E-Procurement juga akan dihentikan penggunaannya bagi memastikan ekstrasi data dapat dijalankan dengan tepat.

Sistem Kewangan SAP ini dijangka dapat digunapakai pada 6 April 2015. Dengan pelaksanaan Sistem Kewangan SAP ini, semua PTj juga akan dapat mengakses sistem-sistem dalaman UM yang melibatkan kewangan seperti Sistem E-Procurement bagi tujuan pengeluaran Borang Pesanan (PO), mengemaskini data pembayaran dan
menyemak status pembayaran kepada pembekal yang berurusan dengan PTj/Jabatan.

Kerjasama pihak Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam hal ini amatlah diharapkan dan kesulitan yang timbul amat dikesali. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke unit_perolehan@um.edu.my atau um_perolehan@um.edu.my

 
eProcurement Versi Baru
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa sistem e-procurement UM telah dinaiktaraf kepada versi terbaru pada 15hb April 2014 jam 12.00 tengah hari.

Untuk makluman, sistem e-procurement UM terdiri daripada empat (4) platfom pengguna iaitu platfom pemohon, pentadbir, pelulus dan pembekal. Kesemua platfom ini adalah terlibat dengan proses penaiktarafan kepada versi baru.

Penerangan ringkas e-Procurement versi baru :

• Tambahan keperluan dalam modul permohonan
• Digunapakai untuk semua jenis kaedah perolehan kecuali Non PO Invoice
• Penambahbaikan terhadap pembelian yang melibatkan geran penyelidikan
• Aliran proses yang lebih lengkap dari proses permohonan sehingga kelulusan invois oleh pentadbir Bendahari UM.
• Paperless (secara berperingkat dari masa ke semasa)

Sekiranya terdapat sebarang kesulitan semasa menggunakan sistem versi baru ini, adalah diharapkan agar pihak pengguna dapat membuat aduan terus ke sistem helpdesk UM melalui modul helpdesk yang disediakan.

Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN MENGENAI PEMALSUAN EMEL BERKAITAN PEROLEHAN
Universiti Malaya (UM) sekeras-kerasnya menafikan Borang Pesanan (PO) yang dikeluarkan oleh seorang penama “Rusnah Muhamad” yang menghantar melalui emel procurement-dept_um.edu.my@outlook.com. UM ingin menegaskan bahawa individu tersebut tidak memegang sebarang jawatan di UM, dan kami tidak pernah mengamanahkan mana-mana syarikat atau individu sebagai perantara (Proxy) untuk sebarang projek perolehan di UM. UM turut menasihatkan agar semua pihak berhati-hati dan mengelakkan sebarang urusan dengan pihak yang disebut. Ini berikutan, pihak UM hanya berurusan secara atas talian melalui sistem UM Procurement and Payment Management. Ingin menegaskan bahawa pihak UM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak sekiranya mereka didapati menggunakan nama dan logo UM tanpa kebenaran dan akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang jika didapati bersalah. Jika ada pihak yang menerima sebarang dokumen perolehan/tender atau emel berkenaan projek perolehan UM, sila lakukan semakan lanjut dengan Pusat Perolehan, Jabatan Perkhidmatan Kewangan melalui emel di unit_perolehan@um.edu.my atau hubungi 03 7967 4660/ 6965/ 6966/ 6967.
Sysadmin eProcurement - 29/03/2024


NOTIS PEMBERITAHUAN SYARAT MENGHADIRI LAWATAN TAPAK BAGI SEBUTHARGA/TENDER UNIVERSITI MALAYA
Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia; PK2.1 - PERIHAL UMUM, Perkara 8.12 (viii) telah menetapkan bahawa: "Hanya Pegawai/Pekerja yang diluluskan oleh Syarikat untuk Pengurusan Perolehan Kerajaan di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan, Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil PUKONSA, Sijil UPKJ boleh menghadiri lawatan tapak/premis atau sesi taklimat sebutharga/tender dan kontraktor/syarikat TIDAK BOLEH mewakilkan pegawai lain." Sehubungan itu, pihak tuan/puan adalah diminta untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan berkenaan dan kontraktor/pembekal yang gagal memenuhi syarat yang ditetapkan tersebut TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai mana-mana lawatan tapak yang diadakan. Sila bawa bersama sijil berkaitan serta Kad Pengenalan semasa sesi lawatan tapak/ taklimat sebut harga/ tender untuk tujuan pengesahan.
Sysadmin eProcurement - 22/02/2023


PEMALSUAN DOKUMEN PEROLEHAN/TENDER UNIVERSITI MALAYA (UM)
Universiti Malaya (UM) sekeras-kerasnya menafikan Dokumen Perolehan/ Tender yang didakwa telah dikeluarkan/ ditawarkan oleh UM yang menggunakan Kepala Surat (Letterhead) UM serta ditandatangan oleh seorang penama “Prof. Madya Dr. Farishal Abdul Kadir”. Pihak UM dengan ini menegaskan bahawa tiada penama di atas berkhidmat di UM dan kami juga tidak pernah melantik mana-mana syarikat atau individu sebagai orang tengah (proxy) untuk sebarang projek perolehan/tender UM. Sekiranya mana-mana pihak ada menerima apa-apa dokumen perolehan/tender bagi apa-apa projek khususnya projek pembangunan dan naik taraf di UM terutamanya jika ianya ditandatangan oleh penama seperti di atas, mohon membuat semakan lanjut dengan memajukan aduan/pertanyaan kepada corporate@um.edu.my atau boleh menghubungi talian seperti yang tertera di bawah: Pejabat Komunikasi Korporat (CCO) Aras L, Bangunan Canseleri Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur Tel: 03-7967 3238 Faks: 03-7956 0027 Seterusnya, pihak UM juga menasihatkan agar mana-mana pihak atau individu yang menjadi mangsa bagi penipuan seperti ini untuk membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). UM ingin menegaskan bahawa pihak UM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak sekiranya mereka didapati menggunakan nama dan logo UM tanpa kebenaran dan akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang. Sekian, Terima kasih.
Sysadmin eProcurement - 07/05/2019


NOTIS PEMBERITAHUAN PELAKSANAAN CUKAI JUALAN & PERKHIDMATAN (SST).
Seperti tuan/ puan sedia maklum, Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP)/ Goods & Services Tax (GST) telah dimansuhkan dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuatkuasa mulai 1 September 2018. Selaras dengan peralihan GST kepada SST, pihak Universiti Malaya (UM) telah menetapkan tarikh akhir untuk mengemukakan tuntutan GST adalah pada 31 Disember 2018. Sehubungan itu, pihak tuan/puan hendaklah mengemukakan inbois beserta GST selewatnya pada 30 November 2018 bagi membolehkan bayaran dibuat sebelum 31 Disember 2018. Sebarang inbois beserta GST selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Bagi tawaran pembekalan/ perkhidmatan/ kerja mulai 1 September 2018, tuan/ puan perlu memastikan jumlah harga tawaran yang dikemaskini dalam sistem adalah termasuk jumlah SST sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Bahagian Pengurusan Dana & Kawalan Kredit Jabatan Bendahari melalui emel bursar_endowtax@um.edu.my.
Sysadmin eProcurement - 02/10/2018

Kepada Pegawai Penyelidik (RO) yang ingin memohon sebagai Admin PTj e-Procurement, sila emelkan kepada unit_perolehan@um.edu.my maklumat seperti berikut:
i) Nama RO dan Nombor Gaji
ii) Nama ketua
iii) Carta Organisasi

Untuk makluman, Pembantu Penyelidik (RA) hanya dibenarkan akses sistem eprocurement sebagai pemohon sahaja. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini, hendaklah ditujukan kepada Bahagian Perolehan di 03-7967 4608/6965/6966/6967


Information

Salam Sejahtera, 

Untuk maklumat semua pengguna eprocurement, berikut adalah tatacara untuk mendaftarkan nama-nama PENTADBIR PTJ dan PELULUS KE-2 sahaja ke dalam sistem eprocurement.

1. Sediakan maklumat yang diperlukan :
    Nama Penuh
    PTj
    Jabatan
    Seksyen
    Alamat Emel UM
    No. Telefon

2. Sila emelkan maklumat di atas kepada um_perolehan@um.edu.my

Nota :
Pentadbir PTj boleh memasukkan sendiri maklumat Pelulus 1 ke dalam sistem eprocurement

Vendors/Contractors

Dear Vendors/Contractors, 

Online Contractor's Portal is now open.

The Portal allows contractors to update their latest company's information and update KK & CIDB registration.

To access the portal, click here : Online Contractor's Portal

Please contact Bahagian Perolehan at 03-7967 6965 / 4608 for further details.

Thank you.